Rabu, 23 Mei 2012

RAGAM PELATIH AKU....

Assalamualaikum...

hari ni aku nak cerita pasal pelatih aku ni ha..... wah nak mengkepoh pulak si cik jah ni...
tadi pagi aku punya jadual jaga budak baris pagi.... sebenarnya dah lama dah aku perhatikan dia org ni.. dalam baris pagi 2 x penahnya la nak serious.. barisan dah la bengkang bengkok, berdiri sebelah kaki... pastu gelak2... bukan cikgu2 lain x penah tegor.. tapi diaorg 2 dah kering air liur nak berbahasa dengan budak2 ni.... cakap seperti mencurahkan air susu atas daun keladi. kenapa aku cakap air susu... sebab air susu 2 lebih banyak khasiat dari air biasakan... maknanya diaorg ni terlalu mensia-siakan atau x endahkan langsung apa yang kitaorg nasihat..
dipendekkan cerita... aku mood hari ni pun x baik sangat... aku panas hati je tengok kelakuan budak2 ni... dah habis diaorg berbaris dari nyanyian lagu negaraku, negeri Johor, 1 Malaysia, baca doa, ikral,tafsir Al-Quran last sekali senaman pagi.. aku kena bagi sedikit ucapan dan nasihat.....
tau apa yang aku cakap kat diaorg...

- assalamualaikum semua, selamat pagi, apa khabar? berapa kedatangan pagi ni.....
(diaorg pun jawap la kan apa yang aku tanya tu)

-saya nak tanya kat kamu semua.. dah berapa lama kamu semua belajar kat sini??
(diaorg jawab dah 5 bulan cikgu.. dah nak abis pun belajar kat sini... sambil buat muka bangga)

- tahniah la sebab kamu semua berjaya sampai ke tahap mcm ni... belajar dah 5 bulan.. dah nak abis belajar lagi.... tapi saya sedih dengan sikap kamu semua yang selalu sambil lewa masa baris pagi.... kamu semua sedar tak, lepas ni kamu semua akan keluar dari sini tamat kan pengajian... pastu ada tak lagi baris pagi mcm yang kamu baris hari ni?? adakah kamu semua nanti bila pagi2 pukul 8 pagi panggil mak, ayah adik abang  kakak kamu, jiran2 kamu berkumpul ramai2 ajak baris pagi.. ajak nyanyi lagu negaraku.... aak buat ni semua??
(dia org semua gelak apa yang aku cakap.. tapi aku tau dalam gelak diaorg dia org mesti terkesan dengan apa yang aku bagi tau 2...)

- jadi mulai sekarang ni... saya harap kamu semua berubahla dari yang x berapa baik ni kepada yang terbaik... gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknya... betulkan diri kamu semua mulai sekarang.... kalau bukan cikgu2 kat sini nak bagi tau kamu apa yang x baik dan apa yang baik selain mak ayah dan keluarga kamu, sapa lagi yang nak nasihatkan kamu nanti.... kamu semua belajar dah pandai... tapi kalau perangai kamu masih x berubah, masih nak jadi budak sekolah lagi... saya percaya kamu x kan kemana kelak....

lama gak aku bersyarah kat budak2 tadi.... harap kata2 aku tadi dapat la ubah perangai berbaris pagi diaorg esok......

BERJAYA!!!!!

hehheee... berjaya la sangat.. org dah x heran gaknya, aku jek yang masih jakon lagi... lantak la pe  org nak katakan... yang penting aku bangga dapat cipta header sendiri... 

Selasa, 22 Mei 2012

HIDUP INI INDAH....


ASSALAMUALAIKUM....


Wah tajuk kat atas tu mcm bagus je kan... tapi tu la yang aku selalu cakap hari2... ketawa, suka, gembira, bersedih, menangis, duka ,sepi... bla.. bla..bla... tu semua kehidupan... kalau dalam hidup kita ni x ada perasaan seperti yang aku sebut tadi, hidup kita ni x akan ada maknanya... semua tu warna warni dalam kehidupan.. kalau hidup kita ni hanya ketawa je.... x ada duka, x ada menangis.. kita selamanya akan jadi budak.. maknanya x matang... duka, menangis tu akan menjadikan kita ni seorang insan yang matang.
wah.. berhujah pulak aku ni.... sebenarnya apa yang aku nak bagi tau kat sini, walau kita ni diselubungi belbagai perasaan, dugaan, dan cabaran... kita harus menerima segalanya dengan jiwa dan hati yang positif.... segala apa yang berlaku ada hikmahnya.... jadi, mulai sekarang.. selepas baca artikal aku ni... tanamkan dalam hati semua...
HIDUP INI INDAH...
INDAHKAN GAMBAR KAT ATAS NI... YANG NAIK BASIKAL TU AKU LA.. HEHHEHE

Isnin, 21 Mei 2012

testing.....

Assalamualaikum.....

susahnya nak mulakan ayat nak tulis apa.... hehehehe bila tengok blog org terasa lak nak ada blog sendiri.... tapi bila dah dapat blog sendiri, x tau lak nak wat ape.... susah gak nak bangunkan bina blog ni... aduhai.... dah sejam dah godeh2... ape pun x paham... belajar ni klu x ada cikgu mcm ni la.... nak kena cari cikgu ni,...
nak cari lagi la ape2 yang boleh menyemakkan kat dalam blog aku ni....

lalalaaaaa

hahha... nak  LA LA LA LALAAAAAAAAAAAA jek ni... ...